Wednesday, March 24, 2010

1. Apakah itu kitar semula

Kitar Semula...
Apa itu Kitar Semula...?
Proses memperolehi atau menjadikan
sebahagian atau semua bahan
daripada sampah untuk di guna
semula.

Bagaimana untuk laksanakan
kitar Semula...?

Pemungutan Sampah
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah
mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar
semula dan yang tidak boleh dikitar semula.
Pemungut sampah akan tahu apa yang akan
dilakukan seterusnya.

Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula
Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula
ini adalah dengan hanya menghantar barangan yang
dikumpulkan untuk kitar semula ke pusat kitar
semula yang terdapat di seluruh negara. Proses
yang lain akan dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

Kenapa Kitar Semula?
- Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat
dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan
keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan
menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti
tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat
mengurangkan sampah yang dibuang dan
seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
- Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah,
lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah
satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan ancaman
alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah
dan udara.

- Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih
menjimatkan berbanding dengan usaha
menyelenggara tapak pelupusan sampah atau
sistem yang lain. Apabila program kitar semula
bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan
semakin berkurangan. Ini seterusnya akan
memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan
sampah akan dikurangkan.

- Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya
membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah
anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan
kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan
produk kertas bagi menampung permintaan
tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain
untuk industri pengeluaran yang lain.

- Kitar semula untuk menjimatkan tenaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar
semula satu tin aluminium adalah bersamaan
dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV
selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan
suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan
sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk
pengeluaran kaca.

- Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17
pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula
kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang
perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana
ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen
dan udara bersih.

Kaca
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas
makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam
tong yang berwarna COKLAT
Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca
yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna
jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada
sesetengah yang menerima kaca yang bercampur
aduk.
Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh
diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas
yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran
contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan
mentol lampu.

Kertas
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang
tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama,
buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak
boleh dikitar semula.
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang
berwarna BIRU.
Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih,
kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas
nota putih.
Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang
terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan
juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat
dan buku. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang
mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai
harga pasaran yang agak rendah.
Kertas licin, pita dan sampul surat yang mempunyai plastik
biasanya tidak dibeli oleh pembeli. Harga yang mahal
biasanya mempunyai bahan campuran yang kurang
membawa kepada pencemaran.

Logam
Semua jenis barang yang diperbuat daripada
aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar
semula. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong
yang berwarna JINGGA
Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan
bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula.
Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium
mempunyai harga pasaran yang tinggi.
Pengumpulan bahan logam tersebut adalah
bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran
tempatan.

Plastik
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat,
botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan
yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar
semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke
dalam tong yang berwarna JINGGA.
Kitar Semula plastik adalah industri yang masih baru dan
dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi.

Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang
lebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan
plastik mengikut jenis terlebih dahulu.
Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula
digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.

Apa yang boleh dikitar semula??...
-Gunakan cawan untuk minum. Ini boleh menjimatkan kegunaan bekas minuman kertas atau Styrofoam.
-Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari 15 minit. -Padamkan komputer anda jika anda tiada di tempat anda untuk lebih dari satu jam.
-Gunakan e-mail untuk menghantar memo atau notis.
-Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan tenaga bagi syarikat anda.
-Belilah/gunakan pen yang boleh diisi semula.
-Berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik lutsinar/transparensi untuk apa-apa persembahan.
-Pengunaan komputer samada komputer peribadi mahupun laptop dan projektor adalah lebih baik.
-Simpan senarai penghantaran sekerap yang boleh. Ini dapat membantu mengurangkan surat yang tidak
dihantar yang mana banyak menggunakan kertas melebihi jumlah yang sepatutnya.
-Edarkan dokumen/memo kepada orang ramai daripada mencetaknya untuk setiap orang. Gunakan keduadua
belah bahagian kertas untuk mencetak.
-Selain daripada mencetak laporan anda, anda boleh juga menyimpan data-data laporan anda di dalam
komputer; juga di dalam cakera padat ataupun disket. Ini amat menjimatkan terutamanya bila anda
membayangkan kemungkinan sesetengah bahagian laporan anda langsung tidak di baca.
-Peruntukkan satu hari dan arahkan semua pekeja untuk membuang semua barang-barang yang tidak
digunakan lagi. Kumpulkan barang-barang buangan yang difikirkan masih boleh di kitar semula.
-Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati
sebahagian daripada pekerja-pekerja tidak berada dalam pejabat. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan
tenaga eletrik
-Wujudkan sistem fail berpusat untuk mengurangkan salinan yang banyak - ini bukan sahaja dapat
menjimatkan kertas malahan ruang pejabat juga.
-Gunakan papan putih yang boleh dipadam atau papan buletin di ruangan komunikasi untuk kegunaan
berkomunikasi di pejabat.
-Kitar Semula kotak kadbod yang digunakan dalam penghantaran barang atau aturkan supaya pembekal
menggunakannya semula.
-Untuk jamuan-jamuan, gunakan barang-barang yang boleh dibersihkan dan digunakan semula.
-Gunakan tin minuman aluminium sebagai ganti kepada gelas plastik atau kertas. Tin aluminium boleh
dikitar semula manakala gelas kertas daripada mesin penjual air selalunya mengandungi lapisan lilin
supaya kalis air dan tidak dapat di kitar semula.
-Galakkan pekerja untuk meningkatkan jumlah kertas yang di kitar semula di tempat kerja dengan
melupuskan fail-fail lama.


Baca lagi..